DIAMOND SEBUM CONTROL BEAUTY BAR (SABUN) 50G X 2’S

DIAMOND SEBUM CONTROL BEAUTY BAR (SABUN) 50G X 2’S

RM120.00

Sabun Muka ini diperkayakan dengan Vitamin B6 yang mampu mengawal rembesan sebum, meningkatkan penghidratan dan menjadikan tona kulit lebih sekata. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Clear
Banding
BV: 50

Share this product

Kandungan

  • Vitamin B6: Mengawal rembesan sebum, menghaluskan liang pori, mengurangkan kilauan pada wajah dan meningkatkan penghidratan kulit.
  • Madu: Bersifat antibakteria dan antiradang, mampu melembap dan memulihkan kulit.
  • Ekstrak Sel Induk Epal: Mengurangkan kedutan, menjadikan kulit lebih muda.
  • Ekstrak Gelang Pasir: Kaya dengan antioksidan yang mampu melindungi sel dan DNA kulit daripada kerosakan radikal bebas, serta mengurangkan kedutan dan garis halus.
  • Minyak Sacha Inchi: Bersifat antioksidan dan anti-penuaan, menyokong fungsi lapisan pelindung kulit, meningkatkan penghidratan dan kelicinan kulit.
  • Minyak Lavender: Bersifat antibakteria, mampu mengatasi jerawat dan melegakan kulit.

Cara Penggunaan

  • Guna dua kali sehari, pagi dan malam.
  • Gosok sabun dengan air suam pada tapak tangan sehingga berbuih.
  • Sapu secara urutan membulat pada wajah dan leher yang bebas dari mekap.
  • Cuci sebersih-bersihnya dengan air dan lap kering; kemudian sapu toner dan pelembap.

Manfaat

  • Mencuci muka sebersih-bersihnya untuk menghilangkan kotoran dan debu dengan berkesan, agar kulit wajah sentiasa segar dan bersih.
  • Membantu mengawal pengeluaran minyak berlebihan yang menjadikan kulit berkilau.
  • Mengekalkan penghidratan kulit, tanpa rasa berminyak.
  • Mencerahkan kulit dan mengatasi masalah tona kulit tidak sekata.
  • Melambatkan kesan penuaan pada kulit.

Nota

  • Elakkan simpan produk ini di tempat yang panas atau terdedah kepada cahaya matahari.
  • Bebas dari paraben, SLS dan SLES.

Keterangan Lanjut