Profil Syarikat

company

DIAMOND INTEREST SDN. BHD. 199501017235 (346438-T)(AJL93788)

Ditubuhkan pada tahun 1995, Diamond Interest (D.I.) merupakan sebuah syarikat MLM yang telah lama bertapak di Malaysia. Sebagai salah sebuah anak syarikat Kumpulan Dynapharm (DNG), Diamond Interest mampu membuat pengeluaran, pemasaran dan penjualan pelbagai produk kesihatan yang berkualiti tinggi. Dengan memegang kepada prinsip ” Kembalikan Semula Kepada Masyarakat, Tidak Mengambil Keuntungan Berlebihan”, Diamond Interest menjual barangan yang selamat dan berkualiti kepada semua pada harga yang berpatutan.

Diamond Interest menjadi ahli kepada Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) sejak tahun 2002. Dengan mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, Diamond Interest telah diiktiraf sebagai Ahli Perak dalam Program Pengiktirafan Etika Global yang dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Sedunia (WFDSA). Selain itu, Diamond Interest juga merupakan salah satu 50 Syarikat MLM Teratas di Malaysia.

PRODUK-PRODUK D.I. TERMASUK:
– Suplemen makanan (nutrisi)
– Makanan dan minuman kesihatan
– Suplemen vitamin
– Produk penjagaan kulit
– Produk penjagaan diri
– Produk kelengkapan rumah
– Produk baja

PELUANG PERNIAGAAN DENGAN D.I.

Bersandarkan usaha gigih para pengedar, ditambah pula dengan program latihan yang berkualiti, pelan pemasaran yang adil dan ringkas, serta produk yang baik dan berkesan, Diamond Interest telah berjaya mengembangkan rangkaian pemasaran dan jaringan pengguna yang lebih luas; D.I. turut membantu ramai pengedar dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menjana pendapatan yang lebih lumayan, menikmati pelbagai ganjaran dan insentif, seterusnya meningkatkan kualiti hidup mereka. Tidak hairanlah D.I. menjadi satu platform yang baik untuk memulakan perniagaan. Apabila para usahawan terus maju dengan semangat yang semakin membara, impian mereka akan menjadi satu kenyataan!

Syarikat Induk – Kumpulan Dynapharm (DNG)

Kumpulan Dynapharm (DNG)
Dari ibu pejabat di Malaysia, kami telah mengeluarkan pelbagai produk farmaseutikal, kosmetiseutikal dam makanan tambahan kesihatan untuk pasaran dunia.

Dynapharm (M)
Sdn Bhd

Dynapharm (M) Sdn Bhd
(ISO 9001:2008; Sijil cGMP)
Ditubuhkan pada tahun 1981, merupakan salah satu pengeluar produk farmaseutikal yang terbesar di Malaysia.

Dynacosmos Care Products
Sdn Bhd

Dynacosmos Care Products Sdn Bhd
(Sijil GMP)
Ditubuhkan pada tahun 1996, merupakan sebuah pengeluar produk kosmetik dan kelengkapan dandanan diri.

Dynalab
Associate

Dynalab Associate
Ditubuhkan pada tahun 1996, merupakan sebuah pengeluar produk makanan dan minuman kesihatan.

Dynapharm Herbal (M)
Sdn Bhd

Dynapharm Herbal (M) Sdn Bhd
(Sijil GMP)
Ditubuhkan pada tahun 1985, sebuah pengeluar produk suplemen kesihatan dan ubat-ubatan yang berasaskan herba.

Dynapharmlab Associate
Sdn Bhd

Dynapharmlab Associate Sdn Bhd
(Baja D.I. GROW)
Ditubuhkan pada tahun 2003, merupakan pengeluar produk baja foliar untuk sektor pertanian di Malaysia dan luar negara.

Kata Aluan Pengarah Urusan

Para Pengedar Yang Dikasihi,

Membuat pilihan yang tepat adalah lebih mudah untuk kita berjaya!

Tahniah kerana anda telah membuat pilihan yang tepat dengan menyertai Diamond Interest (D.I.), dan ini adalah satu langkah permulaan yang penting kepada anda untuk menceburi bidang keusahawanan.

Diamond Interest memilki makmal sendiri, serta kilang-kilang yang berkelulusan sijil ISO 9001:2008 dan sijil Amalan Pengilangan Baik Bertaraf Antarabangsa (cGMP) untuk menghasilkan produk perubatan, kosmetik, penjagaan rumah, penjagaan peribadi dan baja. Dengan cara ini, kami mampu menawarkan produk berkualiti pada harga yang berpatutan, dan memberi ganjaran kepada pengedar- pengedar yang berusaha gigih melalui satu pelan pemasaran yang mudah dan adil.

D.I. juga sentiasa memupukkan budaya penyayang. Selama ini, kami telah berjaya melahirkan ramai usahawan. Walaupun mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, tetapi masing-masing memiliki satu ciri yang sama: semangat suka belajar dan tidak pernah kenal erti penat! Bak kata pepatah: di mana ada usaha, di situ ada jalannya. Setelah beberapa tahun berusaha, mereka akhirnya berjaya menjadi usahawan yang matang dan berkarisma, serta mempunyai pendapatan yang lumayan. Mereka berasa amat bangga dengan D.I., dan begitu juga dengan kami di D.I..

Adakah anda masih mencari-cari peluang dalam kehidupan ini? D.I. telah menyediakan satu platform terbaik yang boleh mencapai kejayaan dan merealisasikan impian anda. Di sini anda dapat membuktikan kemampuan diri dan mencipta kejayaan yang gemilang dalam hidup anda!

Giatkan lagi usaha dan anda pasti boleh mencapainya! Selamat berjaya!

Anugerah Dan Pengiktirafan

Sijil Analisa Produk Siap

Sijil Halal JAKIM

Lesen Jualan Langsung

Ahli Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM)

Galeri