D.I. WAJIB MENGELUARKAN E-INVOIS MULAI 1 JULAI 2025.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Nota: Ini adalah terpakai kepada semua pengedar di Malaysia
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah melaksanakan e-Invois mulai 1 Ogos 2024, di mana melibatkan transaksi Jualan dan Perkhidmatan, serta Bonus dan Ganjaran Pengedar. Diamond Interest Sdn. Bhd. (kemudian daripada ini dirujuk sebagai D.I.) mula menggunakan sistem e-Invois pada bulan JULAI 2025.
1. Apakah jadual garis masa pelaksanaan untuk e-Invois?
PENDAPATAN / JUALAN TAHUNAN (TAHUN 2022) | GARIS MASA PELAKSANAAN |
Melebihi RM100 juta | 1 Ogos 2024 |
Melebihi RM25 juta dan sehingga RM100 juta | 1 Jan 2025 |
Melebihi RM500,000 dan sehingga RM25 juta | 1 Julai 2025 |
Melebihi RM150,000 dan sehingga RM500,000 | 1 Jan 2026 |
2. Apakah itu e-Invois?
E-Invois ialah rekod digital untuk pertukaran transaksi antara penjual (pembekal) dan pembeli (pelanggan), yang melalui portal Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk pengesahan dan penyimpanan rekod.
E-Invois mengandungi semua butiran invois, dengan Nombor Pengenalan Unik (UIN) dan kod QR, yang dijana oleh LHDNM selepas pengesahan medan utama seperti Nombor Pengenalan Cukai (TIN), Nombor Pendaftaran Perniagaan, Nombor MyKad, dsb. Pembeli dan penjual boleh mengimbas kod QR pada invois untuk memastikan sama ada ia telah disahkan.
3. Adakah D.I. akan mengeluarkan e-Invois untuk semua jualan dan perkhidmatan?
Pengedar / Stokis akan menerima e-Invois yang mengandungi kod UIN dan QR yang dijana oleh LHDNM dalam akaun D.I. mereka untuk pesanan berikut selepas 1 Julai 2025:
- Pendaftaran Pengedar baharu
- Pesanan jualan dan perkhidmatan produk Pengedar
- Pesanan jualan dan perkhidmatan produk Stokis
Pesanan lain yang tidak terangkum dalam 3 kategori di atas dan e-Invois yang ditolak oleh LHDNM kerana data Pengedar yang tidak lengkap atau Nombor MyKad yang tidak sah akan disatukan oleh D.I. pada akhir bulan dan dihantar ke LHDNM dalam tempoh 7 hari kalendar selepas akhir bulan; ini dikenali sebagai e-Invois disatukan. Pengedar akan menerima invois biasa yang tidak mengandungi kod UIN dan QR dalam akaun D.I. mereka.
4. Apakah maklumat yang wajib diberikan oleh Pengedar / Stokis untuk e-Invois?
Individu
- Nama
- Nombor MyKad
- Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
- Nombor Telefon
- Alamat
Entiti Undang-undang
- Nama Syarikat
- Nombor Pendaftaran Syarikat
- Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
1. Bilakah Pengedar / Stokis akan menerima e-Invois mereka?
Untuk pesanan dalam talian, e-Invois tersedia ketika penghantaran produk.
Untuk pesanan di kedai fizikal, e-Invois tersedia dalam masa 3 hari.
2. Pelanggan saya Ms Lee membeli Yeeginkgo daripada saya, saya pula membelinya dari kedai cawangan D.I., dan e-Invois telah dikeluarkan kepada saya. Apabila saya menyerahkan Yeeginkgo kepada Ms Lee, adakah saya perlu mengeluarkan satu e-Invois kepadanya?
D.I. akan menghantar e-Invois kepada LHDNM untuk penjualan produk kepada
Pengedar.
Jika pendapatan / jualan tahunan Pengedar tersebut pada tahun 2022 melebihi RM150,000, mereka perlu menghantar e-Invois kepada LHDNM untuk penjualan produk kepada pelanggan (dalam contoh ini, Ms. Lee).
Jika Ms. Lee tidak memerlukan e-Invois, Pengedar boleh mengeluarkan resit biasa kepadanya dan menghantar semua transaksi jualan sebagai e-Invois disatukan kepada LHDNM. Sila rujuk Soalan 1 untuk jadual garis masa pelaksanaan e-Invois.
3. Apakah itu e-Invois bil kendiri?
Bagi sesetengah transaksi perniagaan, pembeli dikehendaki mengambil alih peranan pembekal dan mengeluarkan e-Invois bil kendiri sebagai rekod pembelian yang dibuat oleh pembeli (sebagai bukti perbelanjaan). Bonus dan ganjaran Pengedar turut terangkum dalam transaksi perniagaan ini. Oleh itu, D.I. wajib untuk menghantar e-Invois bil kendiri kepada LHDNM untuk bonus dan ganjaran (monetari dan bukan monetari) yang telah diberikan kepada Pengedar.
D.I. wajib untuk berkongsi e-Invois bil kendiri yang disahkan dan mempunyai kod UIN dan QR dengan Pengedar.
4. Adakah terdapat sebarang ambang pembayaran untuk D.I. mengeluarkan e-Invois bil kendiri bagi bonus dan ganjaran Pengedar?
D.I. wajib mengeluarkan e-Invois bil kendiri untuk bonus dan ganjaran Pengedar tanpa mengira jumlah pembayarannya.
5. Adakah D.I. akan berkongsi salinan e-Invois bil kendiri yang disahkan dengan Pengedar apabila mengeluarkan e-Invois bil kendiri untuk bonus dan ganjaran Pengedar?
Ya, D.I. wajib berkongsi e-Invois bil kendiri yang disahkan dengan Pengedar supaya mereka boleh menggunakan e-Invois itu sebagai bukti pendapatan. Pengedar tidak perlu mengeluarkan e-Invois untuk bonus dan ganjaran yang diperolehi daripada D.I..
6. D.I. akan menggunakan maklumat mandatori pihak mana untuk mengeluarkan
e-Invois bil kendiri?
D.I. akan merujuk kepada jenis akaun bank untuk e-Invois bil kendiri.
Jenis Akaun Bank | Pembekal yang Disifatkan |
Akaun bank utama | Pemohon utama |
Akaun bank pemohon bersama | Pemohon bersama |
Korporat | Entiti undang-undang |
Akaun bank bersama – tidak tertakluk kepada 2% WHT | Pemohon utama |
Akaun bank bersama – tertakluk kepada 2% WHT | Ikut pilihan 2% WHT |
SMS | Pembekal yang Disifatkan |
E-Baucar | Nombor D.I. yang dinyatakan dalam SMS |
7. Bolehkah saya bertukar jenis akaun bank apabila perlu?
Pertukaran jenis akaun adalah tidak digalakkan kerana ia boleh menjejaskan proses urusan. Namun, Pengedar boleh membuat permohonan itu dengan menghubungi ibu pejabat kami @ 04-3974675 (Ms. Ng).
8. Adakah Pengedar akan menerima e-Invois bil kendiri untuk ganjaran bukan monetari yang diperolehi, seperti Seminar / Lawatan Insentif?
Ya, D.I. akan mengeluarkan e-Invois bil kendiri untuk ganjaran bukan monetari, seperti seminar, lawatan perjalanan dan hadiah yang diberikan kepada Pengedar. Semua ganjaran ini juga akan dinyatakan dalam borang CP58.
9. Bilakah Pengedar akan menerima e-Invois bil kendiri untuk bonus dan ganjaran mereka?
Untuk bonus dan ganjaran monetari, e-Invois bil kendiri akan tersedia dalam akaun D.I. mereka pada bulan pembayaran.
Untuk ganjaran bukan monetari, e-Invois bil kendiri akan tersedia dalam akaun D.I. mereka selewat-lewatnya pada akhir tahun.
10. Bagaimana pula dengan bonus antarabangsa Pengedar dari luar negara? Adakah terdapat e-Invois bil kendiri daripada entiti luar negara?
Keperluan e-Invois hanya terpakai kepada perniagaan di Malaysia. Entiti luar negara tidak perlu mengeluarkan sebarang e-Invois bil kendiri untuk pembayaran bonus dan
ganjaran (monetari dan bukan monetari) kepada Pengedar. Oleh itu, Pengedar perlu mengeluarkan e-Invois untuk semua pendapatan asing yang diterima di Malaysia dari luar negara sebagai bukti pendapatan untuk tujuan cukai, selewat-lewatnya pada akhir bulan berikutan bulan penerimaan pendapatan asing tersebut.
11. Jika pelanggan itu berkata dia tidak memerlukan e-Invois yang disahkan, kemudian ubah fikiran mahukan satu salinan. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya ia telah direkodkan sebagai sebahagian daripada e-Invois disatukan?
Jika pelanggan minta e-Invois pada bulan transaksi pembelian, pembekal perlu mengeluarkan e-Invois. Jika pelanggan minta selepas akhir bulan itu, pembekal boleh menolak permintaan tersebut.
12. Jika semuanya sudah menerusi LHDNM, adakah kita tidak perlu membuat pemfailan cukai lagi?
D.I. tidak menerima sebarang pengumuman daripada LHDNM bahawa pembayar cukai tidak perlu melakukan sebarang pemfailan cukai pada masa hadapan.
13. Apa yang berlaku jika saya tidak menghantar e-Invois, e-Invois disatukan atau e-Invois bil kendiri kepada LHDNM?
Pembekal boleh dikenakan denda tidak kurang RM200 dan tidak lebih RM20,000, atau penjara tidak melebihi 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.
14. Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut tentang e-Invois dan pelaksanaannya?
Untuk maklumat lanjut yang terkini, sila layari https://www.hasil.gov.my/en/e-invoice/
15. Bagaimanakah saya boleh mengemaskini maklumat untuk sistem e-Invois?
Bermula 01.07.2025, D.I. akan menggunakan sistem e-Invois. Sila lengkapkan BORANG KEMASKINI MAKLUMAT PENGEDAR dan hantar melalui cara-cara berikut:
- WhatsApp: 012-4230698; atau
- Hadir ke pejabat cawangan berdekatan
- Pautan link borang: https://www.di2u.com.my/info/DI2025EINVOICE_INFO_UPDATE_FORM_MEMBER.pdf
16. Apakah perubahan operasi yang telah disemak semula menjelang pelaksanaan e-Invois?
Mulai 01.05.2025, perubahan yang dikenakan adalah seperti berikut:
- Tarikh Tutup Penyerahan Jualan Bulanan: Semua penyerahan perlu diterima oleh D.I. pada atau sebelum 23hb setiap bulan (secara atas talian dan melalui pos).
- Tempoh Top-Up: Perlu dilakukan antara 24hb hingga 26hb setiap bulan, dengan syarat:
- Pengedar berpangkat Manager dan ke atas; dan
- Pembelian 100BV dan ke atas telah dilakukan pada bulan tersebut.
- Penyerahan Lewat: Penyerahan jualan yang lewat akan dikira sebagai sebahagian daripada jualan bulan seterusnya. Pengedar itu perlu menanggung sendiri kerugian terbabit.